Pemulangan, Waranti dan Bayaran Balik
Produk yang dihantar rosak atau mempunyai kecacatan; produk salah yang dihantar kepada anda atau bukan yang anda pesan
Jika anda ingin memulangkan atau menukar produk anda, sila hubungi kami melalui Pusat Perkhidmatan Pelanggan Linde dengan menghubungi 1800 883 888 dalam masa 7 hari dari tarikh penerimaan produk atau dalam kes produk berkenaan rosak atau mempunyai kecacatan, dalam masa 7 hari selepas anda menyedari kerosakan atau kecacatan tersebut. Linde Malaysia akan berbincang untuk mengaturkan supaya produk berkenaan ditukar atau dipulangkan untuk pembayaran balik, dengan syarat:
- Ia adalah produk yang dijual di Webshop Linde Malaysia (http://www.linde.com.my/shop) dan bukan dibeli oleh anda sama ada secara terus di luar Webshop Linde Malaysia (http://www.shop.linde.com.my/shop/ms/my/home).
- Produk dikembalikan dalam keadaan yang sama seperti mana ia diterima dengan apa-apa bungkusan asal (kecuali dalam kes produk yang menjadi rosak atau mempunyai kecacatan kemudian semasa dalam tempoh waranti).
- Anda perlu menyediakan satu salinan invois Linde Malaysia dan Doket Penghantaran untuk produk berkenaan sebagai bukti pembelian.
- Produk yang dikembalikan akan diperiksa dan diluluskan oleh Linde Malaysia sebelum sebarang bayaran balik diberikan. Linde Malaysia berhak mengenakan bayaran pengangkutan pemulangan bagi produk berkenaan untuk proses pemulangan dan juga boleh mengenakan bayaran penstokan semula.
Produk yang diiklankan dengan waranti khusus / apabila disenaraikan dan untuk Promosi atau Kempen
Sesetengah produk mempunyai waranti produk khusus sebagai tambahan kepada dasar tuntutan biasa Linde Malaysia. Ini akan dinyatakan pada halaman produk seperti yang diiklankan dalam penyenaraian produk Linde Malaysia atau pada sebarang promosi atau kempen khusus apabila produk tersebut dijual. Jika tiada waranti dinyatakan pada halaman produk apabila produk disenaraikan, maka dasar pemulangan, waranti dan bayaran balik biasa akan diguna pakai.