Dasar Penghantaran: Penghantaran ke seluruh Malaysia
Silinder Gas
Semua silinder yang dipesan daripada Webshop Linde Malaysia dihantar dari kilang Linde Malaysia melalui perkhidmatan penghantaran nasional Linde Malaysia. Pelanggan Webshop Linde Malaysia dapat melihat status pesanan mereka dengan mengklik pada halaman "Akaun Saya" di Webshop.
Jika pesanan silinder diterima sebelum 4 petang secara dalam talian pada hari bekerja (Isnin-Jumaat) atau 12 tengah hari pada hari Sabtu, Linde Malaysia akan membuat penghantaran pada hari bekerja yang berikutnya, tertakluk kepada ketersediaan. Ini hanya berkenaan untuk penghantaran di sekitar Lembah Klang dan kawasan bandar. Untuk lokasi di luar Lembah Kelang dan kawasan luar bandar, penghantaran akan dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh pesanan, tertakluk kepada ketersediaan.
Pesanan yang diterima pada hujung minggu dan cuti umum akan diproses pada hari bekerja berikutnya, dengan mengguna pakai syarat-syarat di atas.
Sila pastikan anda telah memberikan alamat fizikal semasa mendaftar keluar bagi mengelakkan kelewatan penghantaran anda, kerana kami tidak dapat menghantar kepada alamat Peti Surat.
Produk akan dihantar dalam lingkungan 15 meter dari trak/tempat penurunan dan penghantaran akan dibuat di tingkat bawah sahaja.
Pelanggan baru (Akaun Tunai & Akaun Kredit) – Penghantaran pertama kepada pelanggan baru akan dibuat apabila menerima bayaran deposit dan sewa untuk silinder.
Untuk pesanan silinder, caj berikut dikenakan:
- Deposit silinder,
- Sewa pendahuluan (12 bulan), dan
- Caj produk
Deposit silinder akan dikembalikan selepas pemulangan silinder dalam keadaan berfungsi dengan baik. Walau bagaimanapun, selepas 12 bulan dari tarikh pesanan, jika pelanggan tidak memulangkan silinder, deposit tersebut akan terlupus. Silinder berkenaan akan dianggap sebagai jualan terus (outright sale) kepada pelanggan.
Jika pelanggan meminta untuk pengambilan silinder kosong sahaja (tanpa pesanan baru) dan kuantiti adalah kurang daripada atau sama dengan 5 silinder, maka caj akan dikenakan.
Produk Tahan Lama (Hardgoods) dan Peralatan
Pelanggan Penghantara
Pelanggan Penghantaran – Linde Malaysia menawarkan penghantaran produk tahan lama (hardgoods) mengikut masa tunggu yang dinyatakan di bawah, dengan syarat pesanan diterima secara dalam talian sebelum 4 petang (Isnin – Jumaat) atau 12 tengah hari (Sabtu) pada hari bekerja yang sebelumnya, tertakluk kepada ketersediaan:
- Lokasi dalam kawasan Tengah & Lembah Klang: 1-2 hari bekerja
- Semenanjung Malaysia: 3-5 hari bekerja (kawasan luar bandar)
- Malaysia Timur: 3-7 hari bekerja
- Pengawal atur tertentu: sehingga 3-5 minggu
Pesanan yang diterima pada hujung minggu dan cuti umum akan diproses pada hari bekerja berikutnya, dengan mengguna pakai syarat-syarat di atas.
Pelanggan Ambil Sendiri
Produk yang dipesan tersedia untuk diambil dari Pusat Jualan Linde Malaysia pada hari bekerja yang berikutnya (iaitu, Isnin - Sabtu) selepas membuat pesanan; dengan syarat pesanan dalam talian diterima sebelum 4 petang (Isnin-Jumaat) atau 12 tengah hari (Sabtu) pada hari bekerja sebelumnya, tertakluk kepada ketersediaan.
Walau bagaimanapun, di bawah beberapa syarat yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada sekatan geografi, pergolakan politik atau sosial, cuaca dan keadaan atmosfera dan faktor-faktor lain yang di luar kawalan kami, Linde Malaysia mungkin tidak dapat menghantar dalam rangka masa yang dianggarkan.
Penerimaan barang-barang besar, berat dan sangat besar
Anda mungkin memerlukan alat pengangkat persendirian untuk menurunkan beberapa barangan di tapak penghantaran anda, seperti forklift. Ini tidak termasuk sebagai sebahagian daripada perkhidmatan penghantaran Linde Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan khusus mengenai penghantaran barang-barang besar seperti mesin Mig atau kuantiti item yang banyak, termasuk palet wayar, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di 1800 883 888 sebelum membuat pesanan anda untuk menentukan sama ada anda perlu menyediakan peralatan pengangkat di alamat penghantaran.
Penghantaran Antarabangsa
Linde Malaysia tidak menawarkan penghantaran antarabangsa untuk jualan dalam talian ke destinasi di luar Malaysia. Untuk jualan antarabangsa, sila hubungi Linde dalam lingkungan geografi setempat anda.
Perubahan kepada Caj Penghantaran
Linde Malaysia berhak untuk mengubah caj penghantaran kami tanpa notis terlebih dahulu, termasuk mengubah daripada atau kepada penghantaran percuma. Caj penghantaran yang disemak semula akan dikenakan kepada semua jualan yang dibuat dari tarikh perubahan, termasuk semua jualan yang belum lengkap pada masa perubahan itu. Sesuatu jualan adalah belum lengkap sehingga bayaran diterima melalui BOC.