Pembayaran

Bahagian ini menggariskan terma pembayaran untuk barangan yang dipesan daripada Webshop Linde Malaysia dan menyediakan maklumat tentang cara untuk membayar invois atau penyata Linde Malaysia.

Terma Pembayaran

Untuk akaun kredit, terma standard adalah 30 hari dari tarikh invois.

Jika bayaran tidak diterima sebelum atau pada tarikh habis tempoh Linde Malaysia boleh:

  • Menghentikan bekalan sehingga bayaran diterima.
  • Mengenakan fi bayaran lewat.

Sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan Linde Malaysia di 1800 883 888 untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mendaftar untuk Akaun Kredit .

Cara Untuk Membayar

Akaun Saya

Gunakan Akaun Saya dalam talian untuk membuat bayaran dengan mudah pada bila-bila masa. Mendaftar untuk melihat akaun anda secara dalam talian, mengakses maklumat perkhidmatan dan melihat butiran maklumat akaun anda.

Anda boleh gunakan mana-mana dokumen invois anda bagi pendaftaran Akaun Saya untuk membayar invois dalam talian melalui FPX. Anda juga boleh melihat dan memuat turun salinan invois dan melihat baki dan penyata semasa akaun Linde Malaysia anda.

Mendaftar untuk Akaun Saya (http://www.shop.linde.com.my/shop/en/my/home)

Quick Pay

Gunakan Quick Pay (Bayaran Pantas) dalam talian untuk membuat pembayaran sekali saja untuk satu atau lebih invois dengan Kad Kredit atau Debit.

Pembayaran T/T (Pindahan Telegraf atau Teleks) atau Deposit Cek

Buat pembayaran anda kepada butiran akaun Linde Malaysia seperti berikut:

Nama Akaun: Linde Malaysia Sdn. Bhd
Nama Bank:  Citibank Berhad
Alamat Bank: Control Department
Level 44, Menara Citibank
165 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Jenis Akaun:  Akaun Semasa
No. Akaun: 0-114587-028
Kod Swift: CITIMYKL